Pengenalan

PENGENALAN

DSC 0042

Pusat Kegiatan Guru Lanchang adalah sebuah daripada empat buah PKG yang terdapat di daerah Temerloh. Berada di laluan Kuantan - Kuala Lumpur. Jarak dari PPD Temerloh ke PKG ini ialah 33 kilometer sementara jarak ke BTPN Pahang ialah 186 kilometer.

 

PKG Lanchang merupakan Pusat Kegiatan Guru yang berbangunan sendiri dan berada di dalam kawasan SK Rantau Panjang, Lanchang. Bangunan ini digunakan pada tahun 1991. Mempunyai 17 buah sekolah ahli yang terdiri daripada tiga sekolah menengah, lapan sekolah kebangsaan, dua buah SJK Cina dan empat buah SJK Tamil.

 

PKG ini merupakan sebuah institusi yang dijadikan pusat perkembangan profesional untuk guru-guru setempat. Selain itu, PKG ini juga digunakan untuk aktiviti-aktiviti kokuria, bengkel ataupun mesyuarat oleh sekolah-sekolah ahli serta komuniti setempat.

 

Adalah diharapkan dengan kewujudan PKG ini akan memberikan manfaat kepada ahli-ahli kelompok dan komuniti setempat dalam menjana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pautan

Free business joomla templates