logosirim
Kami Mengamalkan Sistem Pengurusan Berkualiti berasaskan
MS ISO 9001:2008

tipunHUBUNGI KAMI

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Km 10, Jalan Kemaman Beserah
26100 Beserah, Kuantan
Pahang Darul Makmur.
Tel     : 09-5447700 / 5447466
Faks  : 09-5447053
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sejarah

Penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri di Malaysia bermula di empat buah negeri iaitu di Kelantan (1982), Kedah (1983) dan Terengganu (1984). Semua Pusat Sumber Negeri ini mempunyai bangunan khas yang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan. Penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri ini adalah berasaskan cadangan UNESCO Identification Mission kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1974. Cadangan tersebut telah diterima oleh Jawatankuasa Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1976. Cadangan tersebut dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke 3 dan dibiayai daripada pinjaman Bank Dunia.

Cadangan penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri di sepuluh buah negeri yang lain iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan kali ke 100 yang berlangsung pada 25 Januari 1988. Ekoran daripada keputusan tersebut , Jawatankuasa Penasihat Pusat Sumber Pendidikan telah bersetuju mewujudkan sepuluh buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri tersebut dengan menggunakan bangunan dan ruang yang sedia ada dengan kemudahan yang terhad. Pada 7 Jun 1995 Jawatankuasa Pengurusan Kementerian Pendidikan telah meluluskan penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Pusat Sumber Pendidikan Negeri yang tetap. Oleh itu Pusat Sumber Pendidikan Negeri bagi lapan buah negeri yang mempunyai Unit Teknologi Pendidikan dan dua buah negeri yang mempunyai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (di Sabah dan Sarawak) dinaikkan taraf menjadi Pusat Sumber Pendidikan Negeri Berbangunan Sementara.

  • Pekeliling Pengisytiharan Penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Berbangunan 5ementara ini telah dikeluarkan pada 26 Jun 1995. Kemudiannya pada bulan Oktober 1995 Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat pengumuman tentang pemindahan jawatan-jawatan di Unit Teknologi Pendidikan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. Hal ini diikuti dengan pengeluaran waran Perjawatan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Berbangunan Sementara pada bulan November 1995. Dengan ini Pusat Sumber Pendidikan Negeri Berbangunan Sementara ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 1996 dengan mempunyai Pusat Tangggungjawab sendiri.
  • TAHUN 1976 - Penerimaan oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-3 dan dibiayai oleh Pinjaman Bank Dunia (loan1329-MA)
  • TAHUN 1979 - Dasar operasi PSPN dirancang oleh Kementerian Pendidikan dalam satu kertas kerja Pusat Sumber Pendidikan Negeri' oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.
  • 10 SEPTEMBER 1979 - Satu taklimat mengenai PSPN diadakan untuk Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Kelantan, Terenganu dan Pahang serta pengarah-pengarah Bahagian Profesional Kementerian Pendidikan
  • TAHUN 1982 - 1984 - Pembinaan Kompleks 4 buah PSPN di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
  • TAHUN 1985 - Keempat-empat PSPN tersebut mula beroperasi 
  • 25 JANUARI 1988 - Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kali ke - 100 meluluskan pembinaan 10 buah PSPN yang lain.
  • TAHUN 1991 - Rancangan pembinaan 10 buah PSPN dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke - 6 dengan peruntukan dari pinjaman Bank Dunia Sektor ke - 3
  • 26 OKTOBER 1994 - Jawatankuasa Pengurusan, Kementerian Pendidikan meluluskan pembinaan bangunan 10 PSPN dengan menggunakan dana tempatan.
  • 17 JUN 1995 - Jawatankuasa Pengurusan, Kementerian Pendidikan meluluskan pewujudan PSPN (bangunan sementara) di negeri-negeri yang tiada PSPN
  • 26 JUN 1995 - Pengumuman penubuhan PSPN (berbangunan sementara) melalui surat KP(BTP)8804/2/Jld.7(68) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (II)
  • OKTOBER 1995 - Pengumuman memindahkan jawatan-jawatan di Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri kepada PSPN (berbangunan sementara) dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan.
  • NOVEMBER 1995 - Jawatan-jawatan untuk PSPN (berbangunan sementara) dinyatakan dalam Senarai Perjawatan 1996
  • TAHUN 1996 - Perjawatan PSPN dan PKG diletak di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
  • TAHUN 2006 - Guru Perpustakaan dan Media Sekolah diberikan jawatan khas sebagai penyelaras Pusat Sumber Sekolah dan kelayakan masa mengajar dikurangkan antara lapan ke sepuluh waktu seminggu sahaja
  • TAHUN 2008 - PSPN Pahang telah bertukar nama menjadi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang.
Free business joomla templates

Distributed by SiteGround