KM 10 JALAN KUANTAN KEMAMAN, BESERAH
26100 KUANTAN PAHANG.
TEL:095447700 FAX:095447053

New Page 1
AKTIVITI MINGGU INI
BTPN lahir sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan melalui pembaharuan dan perubahan khususnya dalam bidang teknologi. Penubuhan BTPN dan rangkaian Pusat Kegiatan Guru (PKG) masing-masing serta Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah untuk membantu sekolah khusus di dalam peningkatan kecemerlangan melalui penggunaan teknologi pendidikan.
Visi Wujudnya budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolah. Misi
Membina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Moto ' Teknologi Untuk Pendidikan Bestari ' Matlamat dan Wawasan Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah dengan cara: Mengadakan pelbagai kegiatan guru dengan memberi peluang dan kemudahan untuk berkumpul dan bekerjasama bagi menjalankan kegiatan profesional. Menghasilkan pelbagai bahan/alatan mengajar untuk digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran. Menyediakan tempat dan kemudahan serta menjalankan latihan bagi guru-guru dalam meningkatkan profesionalisme guru. Mengadakan aktiviti serta projek peningkatan kurikulum pengajaran dan pembelajaran. Mengadakan usaha inovasi serta kreativiti dalam pendidikan selaras dengan kemajuan dan perkembangan teknologi moden. Memberi khidmat bantuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, pemulihan, pengayaan dan bimbingan
Latar Belakang BTPN Penubuhan Pusat Sumber Pelajaran Negeri (PSPN) adalah hasil dari lawatan kajian “UNESCO IDENTIFICATION MISSION” dalam bulan November 1974 yang telah mencadangkannya kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memperbaiki mutu pendidikan di sekolah rendah luar bandar ketika itu.
1976 : Cadangan tersebut diterima oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-3 dan dibiayai oleh Pinjaman Bank Dunia (Loan 1329-MA)
1979 : Dasar pengoperasian PSPN telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam satu kertas kerja 'Pusat Sumber Pelajaran Negeri' oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia.
1979 : Satu taklimat mengenai PSPN diadakan untuk Pengarah- Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Kelantan, Terenganu dan Pahang serta pengarah-pengarah Bahagian Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia.
1980 – 1984 : Pembinaan Kompleks tetap bagi 4 buah PSPN di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang dimulakan.
25 Mac, 1980 : PSPN Pahang telah mula dibina dengan perbelanjaan berjumlah RM3,020,536.00
1982 : PSPN Pahang mula beroperasi walaupun bangunan yang ada sekarang hanya siap dibina pada 22 September 1983.
31 Mac, 1987 : PSPN Pahang telah dirasmikan oleh YB. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.
Jan, 1988 : Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kali ke-100, telah meluluskan pembinaan 10 buah PSPN yang lain.
1991 : Rancangan Pembinaan 10 buah PSPN lagi dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-6 dengan peruntukan dari pinjaman Bank Dunia Sektor ke-3
Okt, 1994 : Jawatankuasa Pengurusan, Kementerian Pendidikan meluluskan pembinaan bangunan 10 PSPN dengan menggunakan dana tempatan.
Jun, 1995 : Jawatankuasa Pengurusan, Kementerian Pendidikan meluluskan pewujudan PSPN (bangunan sementara) di negeri-negeri yang tiada PSPN berbangunan tetap.
Jun, 1995 : Pengumuman penubuhan PSPN (bangunan sementara) melalui surat KP(BTP)8804/2/Jld.7(68) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (II)
Okt, 1995 : Pengumuman memindahkan jawatan-jawatan di Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nov,1995 : Perjawatan untuk PSPN dan PKG dinyatakan dalam Senarai Perjawatan 1996
Jan, 1996 : Semua perjawatan di PSPN dan PKG diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jan, 2001 : Dewan Besar PSPN Pahang serta bangunan tambahan yang menempatkan Pejabat Pentadbiran, Perpustakaan dan Bilik-Bilik Kuliah telah siap dibina dan mula digunakan. Jan, 2007 : Pusat Sumber Pendidikan Pendidikan Negeri Pahang kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN Pahang). |
|